Fateen Ziegglerr ! fateen: Morning Jumaat !

Followers

Morning Jumaat !

     hello pretty , hello handsome , hello cute , hello everybody .
                               hari ni hari Jumaaat , 11:21 am . 
Ape yang korang buad hari nieh ? ker baru bangun tido , "AWAINYEE" \CUTI SEKOLAH/  laa katakann kann :) . oke bersempena hari jumaat penghulu segala hari nie kan , akue na share sikit pasal rambut . Untuk pengetahuan bersama, di akhir-akhir zaman ini kita ambillah tahu sedikit tentang rambut. Macam-macam style dan karenah. 

Kali ini cerita pasal karenah yang memiliki rambut asal lurus mahu dikerintingkan dan yang memang kerinting mahu pula diluruskan. Setiap hari nak kena
seterika rambut umpamanya. 

Ada sesetengah pendapat ulama berbeza mengenai  perkara ini, antaranya Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.


Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya." Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda :
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :
“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal di sini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan semata-mata.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Bagi pengubahan rambut dengan pelbagai teknik (mewarna, mengkerinting, melurus dan menyambung) ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.


Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama. Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan.


Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)



✿ Thanks For Reading ✿

Copyright © . All Right Reserved by Fateen Ziegglerr